Terma Penggunaan Tahfiz.AI
Berkuat kuasa 10 Oktober 2026
Terma ini terpakai untuk app Tahfiz.AI yang dimuat turun dari Google Play atau App Store. App ini dibina dan dikendalikan oleh pembangun bebas yang berpangkalan di Malaysia, iaitu pembangun yang tertera pada halaman app di kedua-dua platform itu. Dengan memasang dan menggunakan app, anda bersetuju dengan terma ini dan dengan Dasar Privasi kami. Kalau app digunakan oleh anak anda, anda menerima terma ini bagi pihak anak itu dan bertanggungjawab ke atas penggunaannya.
1. Apa yang app ini buat
Tahfiz.AI membantu keluarga membaca dan menghafal surah Al-Quran. App memaparkan teks ayat, mendengar bacaan melalui mikrofon, dan menandakan perkataan yang dibaca dengan betul, perlu diulang atau tertinggal. Semakan ini dibuat oleh enjin pengecaman suara, jadi ia boleh tersilap, terutamanya dalam bilik yang bising atau bila bacaan terlalu perlahan. Semakan itu menumpu pada ketepatan perkataan dan tidak menilai setiap hukum tajwid. App ini tidak menggantikan guru Al-Quran yang bertauliah, dan kami menggalakkan setiap pengguna terus memperdengarkan bacaan kepada guru.
2. Kandungan
Teks Al-Quran dalam app menggunakan rasm Uthmani daripada Tanzil Project (tanzil.net) di bawah lesen CC BY 3.0, yang diambil melalui Al-Quran Cloud. Kisah di sebalik surah disusun berpandukan Al-Quran, Tafsir Ibn Kathir dan hadis sahih, dan sumber setiap kisah dipaparkan dalam app. Kalau anda menjumpai kesilapan pada teks atau kisah, sila emel sokongan@tahfiz.ai supaya kami boleh membetulkannya dengan segera.
3. Pelan percuma dan Langganan Keluarga
Pelan percuma membuka sebahagian surah dan kisah, satu profil, dan bilangan semakan bacaan yang terhad setiap hari. Langganan Keluarga membuka semua surah dan kisah yang ada dalam app, semakan bacaan untuk kegunaan biasa keluarga, laporan mingguan dan sehingga lima profil. Harga, tempoh dan tawaran percubaan dipaparkan dalam app dan di App Store atau Google Play sebelum anda membeli, dan harga itu termasuk cukai yang dikenakan oleh platform.
Langganan diperbaharui secara automatik pada akhir setiap tempoh pada harga yang sama, kecuali pembaharuan automatik dimatikan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat. Akaun App Store atau Google Play anda dicaj untuk pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum tempoh semasa tamat.
Kalau pelan yang dipilih menawarkan tempoh percubaan, harga percubaan dibayar bila pembelian disahkan dan harga biasa dikenakan pada akhir percubaan, kecuali langganan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum percubaan tamat. Percubaan diberi sekali sahaja bagi setiap akaun, dan baki percubaan yang belum digunakan hangus bila langganan berbayar dibeli.
Langganan boleh diurus atau dibatalkan di tetapan akaun App Store atau Google Play. Pembatalan berkuat kuasa pada akhir tempoh yang sudah dibayar, dan akses kekal sehingga tarikh itu. Pembelian boleh dipulihkan pada telefon lain yang menggunakan akaun App Store atau Google Play yang sama melalui Tetapan dalam app.
4. Bayaran balik
Semua bayaran dalam app diproses oleh Apple atau Google, jadi permintaan bayaran balik diurus oleh mereka mengikut polisi masing-masing. Untuk pembelian di App Store, mohon melalui reportaproblem.apple.com. Untuk pembelian di Google Play, ikut panduan di halaman bayaran balik Google Play. Kami sedia membantu kalau anda menghadapi masalah, cuma emel sokongan@tahfiz.ai.
5. Penggunaan yang dibenarkan
App ini untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Anda tidak boleh menjual atau menyewakan akses, menyalin kandungan app untuk diedarkan semula, membongkar atau mengubah suai app, atau menghantar audio yang bukan bacaan Al-Quran, permintaan automatik atau trafik berlebihan ke pelayan semakan. Kami boleh mengehadkan semakan atau menyekat akses yang menyalahgunakan perkhidmatan supaya pengguna lain tidak terjejas.
6. Hak milik
Teks Al-Quran ialah kalam Allah dan kami tidak menuntut hak milik ke atasnya. App, kod, enjin semakan, reka bentuk, maskot Amin, ilustrasi dan teks kisah ialah milik pembangun Tahfiz.AI atau pemberi lesennya, dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta. Anda diberi lesen peribadi, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan app ini pada peranti yang anda miliki atau kawal.
7. Penafian dan had tanggungjawab
App disediakan seadanya, dan walaupun kami berusaha supaya semakan tepat dan app sentiasa berfungsi, kami tidak menjamin setiap keputusan semakan betul atau perkhidmatan bebas daripada gangguan, dan semakan bacaan memerlukan sambungan internet. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, dan jumlah tanggungjawab kami terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk app dalam 12 bulan sebelum tuntutan. Terma ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau undang-undang pengguna lain yang tidak boleh diketepikan.
8. Penamatan
Anda boleh berhenti menggunakan app bila-bila masa dengan memadam data di Tetapan dan menyahpasang app. Langganan yang aktif perlu dibatalkan berasingan di App Store atau Google Play. Kami boleh menamatkan akses kepada pelayan semakan bagi penggunaan yang melanggar terma ini.
9. Terma tambahan untuk App Store
Untuk app yang dimuat turun dari App Store, Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Standard Apple (Licensed Application End User License Agreement) turut terpakai. Terma ini dibuat antara anda dan pembangun Tahfiz.AI, dan Apple tidak bertanggungjawab ke atas app atau kandungannya, termasuk penyelenggaraan, sokongan, waranti, tuntutan produk atau tuntutan harta intelek. Kalau app gagal mematuhi waranti yang terpakai, anda boleh memaklumkan Apple dan Apple akan memulangkan harga pembelian app, kalau ada. Apple dan anak syarikatnya ialah benefisiari pihak ketiga terma ini dan berhak menguatkuasakannya terhadap anda.
10. Laman web tahfiz.ai
Akaun dan langganan yang dibeli di laman web tahfiz.ai berasingan daripada langganan dalam app dan tertakluk kepada terma yang dipaparkan semasa pendaftaran dan pembayaran di laman itu.
11. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa dan akan menukar tarikh berkuat kuasa di atas. Perubahan besar akan dimaklumkan dalam app sebelum ia berkuat kuasa, dan penggunaan app selepas itu bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.
12. Undang-undang
Terma ini dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan apa-apa pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.
13. Hubungi kami
Untuk apa-apa soalan tentang terma ini, emel sokongan@tahfiz.ai.